Saturday, 6 December 2014

Her Journey My Adventure

I was listening to the Quran,when my Irish friend came in (she used to sleepover at my house),
She put her stuff and then she ask me
"Is that Quran recitation?"
"Yyep,he's one of my favorite Quran reciter,Mishary al Afasy"
"I like it,it so nice"
"It is....soothing"

I continued studying for a few minutes,
When the recitation ended,she asked me

"What is his name again?"
"Mishary,come let me search it for you"
Then i search the videos on her laptop and found a playlist for the full recitation of Quran by Mishary,
And guess what?
She played the suratul Baqarah,
Not only that,she chose Surah Maryam later on and took out the Quran translation and read it.
MashaAllah:')

Indeed,in remembrance of Allah do heart find peace (13:28)

She's now in her journey of finding a true religion,and she's very interested in Islam,please make dua'a everybody,may Allah guide her to Islam one day,insyaAllah
It is Allah who guides whom He will :)


Friday, 23 May 2014

Dugaan pada hari pertama di Malaysia

21/5/2014

3.30 pm
"Ayah,kakak dah sampai kat KLIA,alhamdulillah..yayy,tak sabar nak balik rumah"
Keceriaan  suara si gadis terdengar di hujung talian
"Okay..malam nanti ayah pegi sambut kat Airport Kota Bharu"

Malam itu,ibubapa si gadis teruja untuk menyambut kepulangan anaknya dari luar negara.
Laju kereta dipecut kerana risau anak gadisnya itu lama menunggu di lapangan terbang
Apabila sampai di kawasan ketibaan,kelibat si anak tidak kelihatan.
10 minit menunggu
Lantas nombor anaknya didial...
____________
Gadis itu menyorong keluar troli yang dipenuhi bagasi,dia mencari cari kelibat adik lelakinya yang sedang menunggu ketibaannya
"Kakak!!" si adik bergegas menuju ke arah kakaknya lantas memaut leher gadis itu
"Lama tak jumpa ko,makin sihat nampak..haha"
"Saja simpan lemak untuk winter"si kakak membalas
"Lapar la kak,jomlah belanja ak makan,dari pagi ak tak makan,tergesa2 nk pegi airport jumpa ko..terharu tak"
"Yelah is..terharu sangat..haha..jom pegi makan"
"Tapi kejap...kita makan dekat Subang Airport je lah...takut tak sempat"
Si adik khuatir mereka terlepas penerbangan yang dijadualkan pada pukul 7.40 pm itu.
"Okay,no problem...ak ikut je"

Sesampainya mereka di KL Sentral,keduanya membuat keputusan untuk mengambil teksi untuk ke Subang Airport.
Beberapa buah teksi berlalu,apabila dinyatakan hasrat ke Subang,kebanyakan pemandu teksi menggeleng kepala,menolak untuk menghantar mereka.
Kedua beradik itu berasa hairan.
"Beg ak besar sangat ke" si Gadis bermonolog sendirian
"Takpe..insyaAllah ada la teksi yang sanggup sat lagi"dia memujuk hati

Setelah sepuluh minit menunggu,akhirnya tiba sebuah teksi yang sanggup menghantar mereka ke Subang
"Time sekarang ni,biasanya trafic jam kawasan subang tu..itu yang ramai pemandu yang tak sanggup hantar...tapi biasanya sejam je jam..paling lama pon sejam setengah " pemandu teksi menutur bicara
"Owh..patutlah" 
Jam di tangannya menunjukkan pukul 5.20 pm
"5.20..6.20..6.50..okay kak..insyaAllah sempat je kejar flight"
Si adik mencongak untuk menganggar pukul berapa mereka akan tiba di lapangan terbang.

Kereta mula bersesak apabila mereka tiba di kawasan________.
Jam menunjukkan pukul 6.45 pm dan kesesakan lalu lintas langsung tidak menunjukkan tanda akan berakhir.
"Akak..cemana ni..sempat ke tak" si adik mula rungsing 
"Takpe takpe,doa je..insyaAllah dipermudahkan"si kakak tenang menjawab
Merah mewarnai kaki langit,seiring dengan pergerakan mentari yang kian tenggelam.

"Rabbi yassir wala tu assir"
Si kakak mengulangi doa itu berkali kali,memujuk hatinya sendiri yang juga dilanda kebimbangan.

Jam 7.25 pm
Mereka masih lagi tersangkut dalam kesesakan lalu lintas itu
Papan tanda menunjukkan jarak yang tinggal hanyalah 2 KM daripada lapangan terbang.
"Kak!!! Dah tak sempat ni" si adik tidak senang duduk
"Takpe...relax relax,mane tau flight delay ke..doa je ada keajaiban berlaku" si kakak masih cuba berfikiran positif.
Perlahan lahan matanya tertutup, si gadis tertidur kepenatan.

Apabila terjaga,langit sudahpun gelap sepenuhnya,warna merah sudah tidak kelihatan.
Jam menunjukkan pukul 8.15 malam.
"Aku dah nampak flight berlepas kak...kita da miss flight" perlahan si adik memberitahu kakaknya.

Si gadis terasa kecewa..keterujaanya untuk menemui keluarga tercinta bertukar menjadi sedih
"Call mama kasitau kita da miss flight" ujar si kakak
"Is dah takde kredit," balas si adik

________________
8.40 pm
Telefon bimbit si adik berdering
"Nah kakak,ko jawablah" si adik menghulurkan telefon kepada kakaknya

Telefon diangkat
"Helo kakak,kakak dah sampai belum?"ayahnya bertanya penuh dengan keterujaan
Air mata yang cuba ditahan dari tadi mengalir jua apabila mendengar suara ayahnya di hujung talian.
Ternyata,dirinya tidak kuat untuk menahan sebak di dada
Si gadis menarik nafas panjang
"Sebenarnya.........kakak masih belum sampai airport,kakak stuck dalam jam" dengan penuh rasa serba salah,si gadis menjawab.
"Maksud kakak? Dah terlepas flight?" nada suara si ayah bertukar
"Aah...kitorang da terlepas flight,jam teruk sangat,padahal jarak 2km je"
"..........."
____________________

Akhirnya,kedua beradik itu mengambil keputusan untuk tinggal di rumah ibu saudara mereka yang terletak 5 km dari lapangan terbang Subang sementara menunggu penerbangan seterusnya ke Indonesia pada 24/5.
Selama 6 jam mereka tersekat dalam kesesakan lalu lintas yang hanya berpunca dari sebuah treler dan sebuah van yang rosak di tengah jalan.

"First time kena trafic jam,kena pulak yang 6 jam terus..ppergghhh" si gadis berbicara
"Hahaha,,,tu lah...nampak gaya 28/5 nantilah baru ko dapat jumpa family" balas si adik
"Hmmmm..dekat tapi jauh" si gadis menutur perlahan
"Amenda kak?"
"Nope,nothing..nasib baik mama pon pegi sekali indon,terubat sket rindu ni..haha...
memang ak takkan apply kerja kat area KL nih...tak sanggup makan Jam tiap tiap hari"



Tuesday, 20 May 2014

Kematian itu pasti

Sungguh aku khuatir
Apakah kematianku kelak
Bakal menjadi teladan atau pengajaran 
Buat orang sekeliling
Jika menjadi teladan
Alhamdulillah
Namun lebih ku khuatiri
Kematianku menjadi pengajaran
Kepada muslim yang lain
Agar tidak mencontohi gaya hidupku
Nauzubillah Ya Rabb
Aku khuatir jika aku dipandang mulia di mata manusia
Namun tidak di pandangan Penciptaku...
Astargfirullah al Azim



Coretan pada:
22/4/2014

Tuesday, 29 April 2014

Pemanah Berkuda:)

Baru semalam dok survey2 harga horsebow kat internet
Iyelah,nak realisasikan impian ak nak jadi pemanah berkuda kan

Pastu dok survey gak harga kuda kat malaysia
Mmg bapak mahal ah...kena kumpul duit dulu

Tapi serius,sejak kebelakangan ni perasaan nk jadik pemanah 
berkuda tu makin membuak buak dlm diri..

Minat kat kuda ngan memanah tu da lama ada,
Sejak tau hadis nabi pasal berkuda:

Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Sampaikan hadiah SPM,
Bila ayah tanya nk apa, ak mintak kuda
Haha..tapi of coz tak dapat la..
Ayah ak kata kuda ni binatang manja,kalo tak g usap hari2 boleh mati

Tapi minat ak kat kuda tak padam gitu je..
Memanah tu alhamdulillah sampai sekarang sambung lagi
Maybe sejak ak tengok cerita Brave kot...
Rasa macam kacak gila pemanah berkuda
(Yes,ak maksudkan pompuan)

Pastu dok dengar lagi kisah2 para sahabat
Saad Abi Waqqas, pemanah tepat dalam sejarah Islam
Ali Abu Talib, penunggang kuda yang sangat hebat
Terasa macam warrior habes..



Iyelah..kuda tu binatang buas,
Bukan senang nak control
Skali kena tendang mau masuk ICU dowh
Pastu nak pulak kena koordinat tangan ngan mata
Untuk memanah
Nk memanah je pon da menggigil2 tangan..
Ni kan nk memanah ngan kuda..haha

Pastu harini, Allah hadiahkan ak dengan article yang sangat indah
Pasal berkuda..rasa terharu,eksaited,happy sangat bila baca article tu
Ak subscribe newsletter ProductiveMuslim,
which nanti dia akn hantar article tu kat kita tiapkali ada yg baru..

Tetiba je,time ak tengah semangat nak berkuda bagai, 
Allah takdirkan article baru tu pasal hobi berkuda..
Rasa macam dapat support besar..seriuss..
Allah tau je bila masa yang tepat untuk bagi sesuatu tu
Alhamdulillah Ya Allah

Ni ha article tu...baca jangan tak baca:)

InsyaAllah ye one day..kalo bukan ak pon yang berjaya jadi pemanah berkuda
My future Jundullah will do >.<

P/s:ak penah kena sidekick kuda,melambung woo..nasib baik dia tak kasi kuasa penuh..
       Kalo tak,rasanya da jadi arwah..lol



Thursday, 27 March 2014

Doktor sebagai pilihan

Jalan2 pegi CSI (bersambung sengan University College Hospital Galway)
Tetiba ternampak sekumpulan mereka ni yang pakai baju hijau
Lengkap dengan penutup rambut skali
Sedang beratur membeli makanan
Baru keluar dari operator room agaknya

Dalam hati berdesis
"Woah,cool gila"
mungkin ada di antara mereka yang baru saja menyelamatkan nyawa seseorang
Baru selesai memberi khabar gembira kepada sebuah family
Lantas keluar membeli makanan untuk mengisi perut yang mungkin dah lama minta diisikan

Segaris senyuman terlakar di bibir
Seolah2 ak ternampak diri ak dalam pkaian serba hijau 
Mencuri masa untuk melaksanakan hak kepada diri sendiri
Sebelum segera menyambung tugas menyelamatkan nyawa seseorang

Beratur ingin mengeluarkan duit
Di hadapanku,terlihat seseorang dengan stetoskop di leher
Tersenyum lagi

Alhamdulillah Ya Allah
Jujur kata,ak rasa bersyukur sangat3x kerana telah memilih Doktor sebagai kerjaya

Dikelilingi doktor2 dan student medic membuatkanku tidak sabar untuk menghabiskan pengajianku
Memulakan kerja menyelamatkan nyawa

Benar,
Jika wang yang dicari jangan sesekali memilih kerjaya ini
Jika populariti yang dicari,jangan dipandang kerjaya ini
Jika kesenangan yang ingin dicari,abaikan saja kerjaya ini
Maka,betulkanlah niat
Jika redha Allah yang dicari,insyaAllah itulah alasan yang terbaik untuk memilih kerjaya ini
Menyelamatkan nyawa,besar pahalanya,
Bak kata seorang ustaz,
jika kita selamatkan nyawa seseorang,maka setiap amal kebaikan
Yang dilakukannya,kita juga akan mendapat ganjaran
Apatah lagi,jika kita merasakan lelah,katakanlah Lillah
Nescaya kita akn mampu tersenyum kembali :')

Melihatkan mereka begitu tekun mengulangkaji pelajaran
Mencatit segala nota dengan fokus

Diri ini?
Masih sedang berusaha untuk menggunakan segala source yang ada
Peluang yang dberi,untuk menjadikan diri ini soorang doktor yang bukan sahaja merawat fizikal
Bahkan juga spiritual para pesakitnya

Doakan ya:)

Monday, 10 March 2014

Cara lain bertaaruf

Tak abeh2 ngan perangai clumsy ak nih..
Haishhh..fauzah

Time tu ak da lambat,
Ada pot luck party kat umah kawan ak
So dengan lajunya ak mendayung skooter kecik ak
Pastu tang tu jugak ada dua ekor anjing femes area tu (ala2 ayahanda kawasan la)
Dok menyalak kat ak..buat gaya konon garang
Padahal skali sergah terus terkebelakang..terkejut agaknya dengar suara jantan iolls
Tapi dorang still dok kejar2 ak time tu...
Mula2 buat cool je tapi dalam hati tuhan je tau betapa nebesnya time tu

So ak dayung la lagi skooter tu,cepat2 masuk perkarangan rumah 'kawan' ak
Satu lagi masalah kawasan perumahan ni,
Semua rumah dia sebijik sama..copy paste habes lah..
Iyelah,name pon landlord sama,architect mesti arr sama

So dengan konfidennya ak g tekan loceng and cam biasa terus serbu masuk rumah tu
Bestfren la katakan,xdenye nak tunggu orang bukak pintu baru masuk..
Bila masuk tu,ak pelik gak arr, macam kosong sangat je rumah ni, berkilat lagi perabot dia..
Bapak bersih

So ak shout!,
"Ada orang tak ni? Cam kosong je"

Pastu tetiba from atas,sorang makcik mat salleh jenguk
"Hello"

Pastu time tu memang ak cuak habes lah...
Tachycardia serta merta
" i'm so sorry,i thought it was my friends' house, i didn't meant to just storming into your house like that, we have some potluck"

Laju je ak explain tanpa diminta

Dengan tergelak2 dia turun and datang peluk aku
" it's alright, haha..can't wait to see your friends i guess, i was expecting my daughter to come home"

Pastu kitorang borak2 sikit..haha..
Last skali,ak nak cover malu, ak cakap
" err..nice to meet you..."

"Nice to meet you too,i'm Margarie,what's your name?"

"I'm Fauzah"

"An unusual name,have fun at your friends' house"

Berakhirlah sesi taaruf kitorang..haha

Next plan:
Bagi makanan kat Margarie, ak suka je kawan ngan makcik2
Banyak boleh belajar...:)

Sunday, 16 February 2014

Put Allah before everything:)

Alkisah ada sorang ni...
Dia baru je sampai airport from outside Ireland
On da way nak balik county dia dgn bas...
bas gerak pkol 5.45
Time tu pkul 5.20 and dia baru nk masuk toilet amek wudhu untuk solat maghrib n isyak jamak...
Pastu dia decide nak g solat kat surau yang memang disediakan kat airport tu..masalahnya tempat tu jauh sikit from tempat pick up bas tu...
Ting tong ting tong,keluar toilet da pkol 5.30...
Kawan dia yang lagi sorang da cakap da,x sempat ni kalo nk g solat kat multifaith prayer room (surau lah,kat negara omputeh,ni nama dia)
Dgn yakinnya dia cakap..
"xpe2..sempat je,ak lari laju2"
Then dia pegila sengsorang...semput lari,dia jalan...
Pastu sampai2 dekat terminal 2, dia blurr...
"ehh..besar pulak terminal 2 ni"
Dalam blur2 tu dia decide untuk patah balik n solat je kat mane2 yang sempat...

Kat terminal 1,ada satu kedai coffee yang memang best gila,
AMT Coffee...and budak ni mmg minat sangat dengan coffee kat situ...
Time dia mula2 sampai,first thing dia pikir..
"Nak beli Froffee,wajib..weee"
Bila dah sampai balik kat terminal 1 tu,Tgh lari2,dia stop and pandang je kedai tu...
Dia terpikir....
"What if kalo ak beratur n beli coffee ni,,,solat je atas bas tu,bukan selalu dapat pegi airport nih"
Dalam tgh berfikir tu...dia teringat balik kata2 sorang sister Pakistan:

"Kalo boleh solat dengan sempurna,kenapa nak pilih untuk solat duduk (dalam bas)
Bukan solat yang kena ikut kita punya journey,kita yang kena atur journey kita according to prayer time"

So dia decide untuk lupakan coffee tu and terus carik tempat yang dekat dengan bus pick up point...that was the first time yang dia betul2 rasa izzah dengan Islam,rasa berani tu lain macam...
Biasa kalo solat dekat tempat terbuka ni,solat beramai2,at least 2orang lah..kali tu dia sorang je kat sbelah escalator tu....
Da solat sume,dia naik bas pkol 5.44, naik je,bas terus gerak...fuhh,sangat on time
Then bila dia duduk kat tempat dia,
Kawan sbelah dia offer something
"Awak,nak ni tak?"
Guess what? AMT coffee tu,the exact jenis yang dia teringin gila tadi
Subhanallah...time tu dia memang betul2 rasa yang keinginan dia dipenuhi oleh Allah through sahabat dia tu...
Cepat pulak tu...within 10 minutes je...

Kisah ni mungkin nampak kecik...tapi untuk para penggemar coffee,mungkin diorang boleh paham la kot perasaan tu...antara tanggungjawab dan keinginan (baca craving gila2)

The moral of the story
Bilamana kita letak solat as our first priority,
InsyaAllah,benda2 lain tu, akan Allah mudahkan je or kalau macam dalam cerita tadi,
Allah tunaikan keinginan budak tu melalui cara-Nya yang tersendiri 
Allah knows the exact time when to fullfill your prayers

P/s: atas permintaan,saya merahsiakan siapa yg terlibat:)


Ni lah dia kedai tu...dekat terminal 1,Dublin Airport
Nilah dia Frofee..weee..sedap gila..serius


Thursday, 16 January 2014

Ko mampoooo Jah???

Kadang2 ak terfikir..
Cakap memang senang..
Nak pegi Palestin,Syria
Nak tolong sedara2 yang sedang sengsara...
Tapi..
Bila pikir balik..kalaulah tetiba ada orang ajak untuk berada di frontline barisan perang
Ak ni cukup berani ke untuk pertahankan Islam sehabis habisan..
Boleh ke contohi Abu Ayyub Al Ansari..
Yang still sahut seruan jihad walaupun dah berumur...
Memanglah boleh bagi alasan yang ak ni pompuan,
X wajib pegi perang...
Tapi sejarah membuktikan sebaliknya..
Khaulah...dgn beraninya meluru ke depan..
Pastu terer main pedang lak tu...
Ya Allah,..terbayang kot cara Khaulah tunggang kuda,
Meluru ke arah musuh dgn zero rasa takut
Pastu Zzzzaaasss!!!
Huiii...mantap2., 
That's how i exactly wanna be...
Wanita yang KUAT,berani and tegas...
Pastu Khansa...
Keempat2 anak dia hantar g perang..
Pastu bila da semua meninggal..
Dia nangis sebab pikir dah xde dah pejuang yang boleh dihantar ke medan perang
Skarang cakap memanglah senang...
Nak didik future anak jadik mujahidin...
Tapi takut bile sampai masanya...
Da x sanggup buat cenggitu...
Hmmmm....
X salah ada niat tu..cuma ak harap sangat bila sampai masanya,
Ak mmg betul2 bersedia untuk contohi serikandi2 nih...
and x ubah fikiran..or berundur walau setapak

Bila pikir balik an...
Beruntungnya orang2 Palestin n Syria n Burma ni..
Ye lahhh..peluang mati syahid terbuka luas
Tapiii...kalaulah ak berada kat tempat mereka2 ni...
Adakah ak akan jadi seberani mereka??
Mempertahankan akidah sampai ke titisan darah terakhir
Senapang depan mata...sanggup ke ak??
Kena tanam hidup2..mampu ke ak?
Cukup kuatkah iman ak untuk mempertahankan islam??
Mungkin itu sebabnya Allah x takdirkan ak jadi org Palestin or Syria..
Ak tetiba terpikir ni sbb xdi Tommy ni ajak ak pegi show solidarity dgn sorang makcik ni
Yang kena jailed sbb protest anti war something..
Then right at the moment...ak macam rasa takut gila..
Like all the crazy questions tetiba muncul dlm kepala otak
Cemana kalo kena suraikan dgn peluru getah,gas pemedih mata...
Memanglah macam xde kaitan....tapi ak terus terimagine kalo2 ak berada di tempat 
Palestinians n Syrians n Egyptian yang kena suraikan dgn peluru hidup...
Nyawa kott dorang gadaikan...
Dan bukan orang2 kampung je yang turun menuntut hak..
Bahkan ramai yang masih berstatus pelajar seperti ak..
MashaAllah!!! 

Buat masa sekarang ak x berani lagi kot...
Satunya sebab ak ni masih status penghutang...
Hutang tu berat woo...
kalo2 la ak mati x terlangsai hutang tu nauzubillah..
Keduanya sbb ak masih di bwah tanggungjawab parents ak..
Ketiganya and yang paling penting..sebab memang ak belum BERANI😭😭😭 lagi..

Tapi dengar lagu jihad memang naikk semangatttt!!! InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah
Keberanian itu akan disemai dan bercambah..

"Are we afraid of death? It is either by killing or cancer. The same thing..We are all are waiting for the last day of our life,nothing will be change..if it is by Apatche or by cardiac arrest....i Prefer to be by Apatche"- Dr.Abd Aziz Rantisi

WEST:Orang kata hidup hanya sekali..jadi mesti enjoyyy
ISLAM:mati hanya sekali..jadi mesti syahid. (Biiznillah)

Sunday, 5 January 2014

I learned from their smile


I was at the Spice Bazaar time tu...
Then masa tgh jalan2 tu,ternampak la satu family ni dok kat tgh2 jalan..
Sorang mak dgn 4 orang ank yg still kecik2
Yang paling kecik tgh dok atas riba mak dia
From muka tu da tau la orang Syria

Kat Turki ni ramai gila pelarian Syria yg terpaksa mintak derma,
Most of them homeless lah..
Obviously,coz rumah dorang da kena bom and dorang tinggal sehelai sepinggang,
Pengurusan pelarian Syria di Turki adalah yang terbaik if nak compare ngan pelarian Syria kat Jordan n Lubnan...

Then,i decided to bought them some food..
Tak seberapa pon..janji dapat isi perut..
Ak bagi la roti tu kat dorang..
Bila dapat je...mak dia terus patahkan sikit n bagi kat anak yang kat riba dia tu...
Pastu bagi dekat anak dia yang besar sikit,
ak rasa dalam umur 4 tahun kot
Bila dapat je roti tu...cepat2 dia makan...
Nampak macam dia da tahan lapar lama dah...

Bila dapat pieces kecik tu,anak dia yang kat riba tu nibble roti tu ngan gigi 4 batang dia
Commellllll sangatttt.....
Pastu, dia terus kasi senyuman kat ak...
Seolah2 berterima kasih...

Then ak kluarkan ipad ak,nak tangkap gambar
Pastu,both of them tunjukkan senyuman paling manis kat ak...
Budak2 ni memang suka kalau orang nk tangkap gambar
Ak rasa macam nk peluk cium puas2 dorang nih
Moga2 dorang dapat transfer sikit dorang punya ketabahan tu kat ak

Ak rasa bersyukur sangat..
Sebab dapat jumpa orang islam from bumi barakah ni, As Syam
Dapat pegang,dapat peluk...walaupun x ramai ak mampu bantu,
at least kalo ak dapat buat sorang Syrian senyum pon jadilah
Tetiba ak rasa cam Allah kasi ak peluang untuk bertemu in real life dgn mangsa2 peperangan Syria ni
Ye la, ak ni memang dari dulu teringinnnn sngat nak usap2 rambut,peluk anak2 Syria ni
One way je lah ak terpikir...either pegi Syria terus or pergi Kem Pelarian dorang kat Jordan..
Tapi of coz la parents ak x kasi pegi...
Ye lahhh..sapa x sayang anak kan...paham je la kenapa parents x kasi pegi
Tapi tu lahh...alhamdulillah...Allah kasi jugak peluang tu dalam keadaan yang lain...

So...target lepas ni...
Nak peluk seramai mungkin anak2 dan wanita2 Syria nih..
At least nk dorang tahu yang kat dunia ni...
Ramai lagi orang yg amik kisah pasal dorang
Cuma sometimes buntu macammana nak tolong...
InsyaAllah..buat setakat yang mampu...
Nanti Allah tolong kita untuk buat apa yang kita x mampu...

Wallahualam
#peringatanuntukdirisendiri


The Syrian Family



Rasa teringinn sangat nk amik dorang2 ni as anak angkat...