Friday, 23 May 2014

Dugaan pada hari pertama di Malaysia

21/5/2014

3.30 pm
"Ayah,kakak dah sampai kat KLIA,alhamdulillah..yayy,tak sabar nak balik rumah"
Keceriaan  suara si gadis terdengar di hujung talian
"Okay..malam nanti ayah pegi sambut kat Airport Kota Bharu"

Malam itu,ibubapa si gadis teruja untuk menyambut kepulangan anaknya dari luar negara.
Laju kereta dipecut kerana risau anak gadisnya itu lama menunggu di lapangan terbang
Apabila sampai di kawasan ketibaan,kelibat si anak tidak kelihatan.
10 minit menunggu
Lantas nombor anaknya didial...
____________
Gadis itu menyorong keluar troli yang dipenuhi bagasi,dia mencari cari kelibat adik lelakinya yang sedang menunggu ketibaannya
"Kakak!!" si adik bergegas menuju ke arah kakaknya lantas memaut leher gadis itu
"Lama tak jumpa ko,makin sihat nampak..haha"
"Saja simpan lemak untuk winter"si kakak membalas
"Lapar la kak,jomlah belanja ak makan,dari pagi ak tak makan,tergesa2 nk pegi airport jumpa ko..terharu tak"
"Yelah is..terharu sangat..haha..jom pegi makan"
"Tapi kejap...kita makan dekat Subang Airport je lah...takut tak sempat"
Si adik khuatir mereka terlepas penerbangan yang dijadualkan pada pukul 7.40 pm itu.
"Okay,no problem...ak ikut je"

Sesampainya mereka di KL Sentral,keduanya membuat keputusan untuk mengambil teksi untuk ke Subang Airport.
Beberapa buah teksi berlalu,apabila dinyatakan hasrat ke Subang,kebanyakan pemandu teksi menggeleng kepala,menolak untuk menghantar mereka.
Kedua beradik itu berasa hairan.
"Beg ak besar sangat ke" si Gadis bermonolog sendirian
"Takpe..insyaAllah ada la teksi yang sanggup sat lagi"dia memujuk hati

Setelah sepuluh minit menunggu,akhirnya tiba sebuah teksi yang sanggup menghantar mereka ke Subang
"Time sekarang ni,biasanya trafic jam kawasan subang tu..itu yang ramai pemandu yang tak sanggup hantar...tapi biasanya sejam je jam..paling lama pon sejam setengah " pemandu teksi menutur bicara
"Owh..patutlah" 
Jam di tangannya menunjukkan pukul 5.20 pm
"5.20..6.20..6.50..okay kak..insyaAllah sempat je kejar flight"
Si adik mencongak untuk menganggar pukul berapa mereka akan tiba di lapangan terbang.

Kereta mula bersesak apabila mereka tiba di kawasan________.
Jam menunjukkan pukul 6.45 pm dan kesesakan lalu lintas langsung tidak menunjukkan tanda akan berakhir.
"Akak..cemana ni..sempat ke tak" si adik mula rungsing 
"Takpe takpe,doa je..insyaAllah dipermudahkan"si kakak tenang menjawab
Merah mewarnai kaki langit,seiring dengan pergerakan mentari yang kian tenggelam.

"Rabbi yassir wala tu assir"
Si kakak mengulangi doa itu berkali kali,memujuk hatinya sendiri yang juga dilanda kebimbangan.

Jam 7.25 pm
Mereka masih lagi tersangkut dalam kesesakan lalu lintas itu
Papan tanda menunjukkan jarak yang tinggal hanyalah 2 KM daripada lapangan terbang.
"Kak!!! Dah tak sempat ni" si adik tidak senang duduk
"Takpe...relax relax,mane tau flight delay ke..doa je ada keajaiban berlaku" si kakak masih cuba berfikiran positif.
Perlahan lahan matanya tertutup, si gadis tertidur kepenatan.

Apabila terjaga,langit sudahpun gelap sepenuhnya,warna merah sudah tidak kelihatan.
Jam menunjukkan pukul 8.15 malam.
"Aku dah nampak flight berlepas kak...kita da miss flight" perlahan si adik memberitahu kakaknya.

Si gadis terasa kecewa..keterujaanya untuk menemui keluarga tercinta bertukar menjadi sedih
"Call mama kasitau kita da miss flight" ujar si kakak
"Is dah takde kredit," balas si adik

________________
8.40 pm
Telefon bimbit si adik berdering
"Nah kakak,ko jawablah" si adik menghulurkan telefon kepada kakaknya

Telefon diangkat
"Helo kakak,kakak dah sampai belum?"ayahnya bertanya penuh dengan keterujaan
Air mata yang cuba ditahan dari tadi mengalir jua apabila mendengar suara ayahnya di hujung talian.
Ternyata,dirinya tidak kuat untuk menahan sebak di dada
Si gadis menarik nafas panjang
"Sebenarnya.........kakak masih belum sampai airport,kakak stuck dalam jam" dengan penuh rasa serba salah,si gadis menjawab.
"Maksud kakak? Dah terlepas flight?" nada suara si ayah bertukar
"Aah...kitorang da terlepas flight,jam teruk sangat,padahal jarak 2km je"
"..........."
____________________

Akhirnya,kedua beradik itu mengambil keputusan untuk tinggal di rumah ibu saudara mereka yang terletak 5 km dari lapangan terbang Subang sementara menunggu penerbangan seterusnya ke Indonesia pada 24/5.
Selama 6 jam mereka tersekat dalam kesesakan lalu lintas yang hanya berpunca dari sebuah treler dan sebuah van yang rosak di tengah jalan.

"First time kena trafic jam,kena pulak yang 6 jam terus..ppergghhh" si gadis berbicara
"Hahaha,,,tu lah...nampak gaya 28/5 nantilah baru ko dapat jumpa family" balas si adik
"Hmmmm..dekat tapi jauh" si gadis menutur perlahan
"Amenda kak?"
"Nope,nothing..nasib baik mama pon pegi sekali indon,terubat sket rindu ni..haha...
memang ak takkan apply kerja kat area KL nih...tak sanggup makan Jam tiap tiap hari"



No comments:

Post a Comment