Thursday, 27 March 2014

Doktor sebagai pilihan

Jalan2 pegi CSI (bersambung sengan University College Hospital Galway)
Tetiba ternampak sekumpulan mereka ni yang pakai baju hijau
Lengkap dengan penutup rambut skali
Sedang beratur membeli makanan
Baru keluar dari operator room agaknya

Dalam hati berdesis
"Woah,cool gila"
mungkin ada di antara mereka yang baru saja menyelamatkan nyawa seseorang
Baru selesai memberi khabar gembira kepada sebuah family
Lantas keluar membeli makanan untuk mengisi perut yang mungkin dah lama minta diisikan

Segaris senyuman terlakar di bibir
Seolah2 ak ternampak diri ak dalam pkaian serba hijau 
Mencuri masa untuk melaksanakan hak kepada diri sendiri
Sebelum segera menyambung tugas menyelamatkan nyawa seseorang

Beratur ingin mengeluarkan duit
Di hadapanku,terlihat seseorang dengan stetoskop di leher
Tersenyum lagi

Alhamdulillah Ya Allah
Jujur kata,ak rasa bersyukur sangat3x kerana telah memilih Doktor sebagai kerjaya

Dikelilingi doktor2 dan student medic membuatkanku tidak sabar untuk menghabiskan pengajianku
Memulakan kerja menyelamatkan nyawa

Benar,
Jika wang yang dicari jangan sesekali memilih kerjaya ini
Jika populariti yang dicari,jangan dipandang kerjaya ini
Jika kesenangan yang ingin dicari,abaikan saja kerjaya ini
Maka,betulkanlah niat
Jika redha Allah yang dicari,insyaAllah itulah alasan yang terbaik untuk memilih kerjaya ini
Menyelamatkan nyawa,besar pahalanya,
Bak kata seorang ustaz,
jika kita selamatkan nyawa seseorang,maka setiap amal kebaikan
Yang dilakukannya,kita juga akan mendapat ganjaran
Apatah lagi,jika kita merasakan lelah,katakanlah Lillah
Nescaya kita akn mampu tersenyum kembali :')

Melihatkan mereka begitu tekun mengulangkaji pelajaran
Mencatit segala nota dengan fokus

Diri ini?
Masih sedang berusaha untuk menggunakan segala source yang ada
Peluang yang dberi,untuk menjadikan diri ini soorang doktor yang bukan sahaja merawat fizikal
Bahkan juga spiritual para pesakitnya

Doakan ya:)

No comments:

Post a Comment